Carian
Google Mengumumkan Penawaran Nama Domain Dengan Akhiran .channel
February 5, 2025 Aman

Google sedia menguruskan beberapa akhiran nama domain dibawah mereka, seperti .app dan beberapa yang lain. Tidak setakat itu, kini Google turut hadir dengan penawaran akhiran domain baharu, iaitu .channel.

Google dilihat menyasarkan para penerbit kandungan dan juga pemilik saluran YouTube dan sebagainya melalui nama domain ini.

Google melalui pendaftar domain seluruh dunia telah mula menawarkan .channel ini untuk pendaftaran bermula hari ini. Fasa akses awal ini akan dihadkan sehingga 11 Februari 2025, sebelum ia dibuka kepada umum pada harga lebih rendah berbanding fasa akses awal ini. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran nama domain ini melalui laman get.channel hari ini.

Komen