Sony baru-baru ini telah mengumumkan kemaskini kepada platform storan awanan Sony Creators Cloud dan Sony Creators’ App untuk kamera-kamera mereka. Kini, selain daripada memuat naik kepada platform tersebut sahaja, pengguna sejumlah kamera-kamera mereka boleh mula memuat-naik gambar terus ke aplikasi lain seperti Google Drive dan juga Adobe Lightroom.

Model-model kamera yang menyokong ciri ini termasuklah Sony FX3, FX30, α1 II, α1, α9 III, α7R V, α7S III, α7 IV, α7CR, α7C II, α6700, ZV-E1, ZV-E10 II, ZV-1 II, ZV-1F dan ILX-LR1. Beberapa daripada kamera-kamera ini akan perlu dikemaskini dengan perisian firmware terbaru untuk memanfaatkan ciri ini.

Satu lagi ciri yang dikemaskini ialah kebolehan untuk menghantar gambar terus ke peranti pintar apabila anda mengambil gambar dengan kamera-kamera ini secara nirwayar dan automatik. Sony kini telah menambah jumlah kamera yang menyokong ciri ini, dimana sebelum ini ia hanya disokong oleh kamera Sony ZV-1F and Sony α7 IV.