Google Gemini adalah perkhidmatan AI generatif yang percuma untuk digunakan. Pada masa yang sama, untuk menggunakan ciri-ciri lebih premium Google One AI Premium perlu dilanggan. Terbaru, The Verge melaporkan yang Google telah mempunyai idea bagaimana untuk menyertakan iklan di dalam Gemini.

Menurut Google, buat masa ini untuk menjana pendapatan dengan Gemini mereka akan fokus kepada penawaran pelan langganan. Cuma akan datang, pengguna mungkin akan ditawarkan pilihan seakan YouTube di mana penggunaan percuma akan ada iklan, sementara pelanggan berbayar akan dapat pengalaman penggunaan terbaik. Boleh jadi akan datang akan ada paparan iklan sebelum Gemini menjana sesuatu.
Pengguna Gemini tidak perlu risau sekarang, kerana dalam masa terdekat iklan pada perkhidmatan AI mereka hanyalah melalui AI Overviews sahaja buat masa ini.