Carian
Instagram Kini Menambah Pelekat WhatsApp Pada Fungsi Stories
February 6, 2025 Amy Maizuraa

Instagram telah menambah pelekat WhatsApp baharu pada fungsi Stories. Penambahan ini boleh menjadi menarik terutamanya bagi pengguna WhatsApp Business untuk keperluan perniagaan. Ia membolehkan pengikut di Instagram berhubung secara peribadi terus daripada aplikasi WhatsApp melalui pelekat berkenaan.

Untuk menggunakan ciri berkenaan pada Stories hanya perlu tekan butang pelekat selepas memilih foto atau video daripada galeri. Anda kemudiannya boleh memilih sama ada mahu menggunakan nombor telefon yang sedia dipautkan pada akaun Instagram. Sebagai pilihan, anda juga boleh mendaftar nombor telefon lain untuk tujuan berkenaan untuk pengesahan. Kod pengesahan akan dihantar melalui nombor telefon yang dipersetujui tadi untuk meneruskan penggunaan pelekat.

Perlu dinyatakan dengan jelas fungsi ini hanya disediakan buat mereka yang menggunakan WhatsApp Business sahaja. Malahan boleh menjadi cara yang baik untuk meningkatkan prestasi perniagaan masing-masing melalui jangkauan pembeli lebih luas. Pastikan aplikasi Instagram telah dikemaskini dengan versi terkini untuk mencuba fungsi ini.  

Komen