Carian
Kini Anda Boleh Muat-Naik Imej Dan Mesej Suara Untuk Pertanyaan ChatGPT Melalui WhatsApp
February 6, 2025 Aman

ChatGPT sebelum ini telah mula ditawarkan melalui WhatsApp, memudahkan pengguna untuk bertanyakan pelbagai persoalan dan menerima respon pantas terus melalui aplikasi permesejan popular berkenaan. Tidak setakat itu, kini beberapa kemaskini baharu turut diperkenalkan untuk pengguna ChatGPT di WhatsApp.

Antaranya adalah kebolehan untuk memuat-naik imej dan bertanyakan soalan berkenaan dengan imej tersebut. Disamping itu, anda turut boleh berkomunikasi dengan ChatGPT melalui sokongan mesej suara di WhatsApp.

Kedua-dua kemaskini ini telah tersedia untuk pengguna ChatGPT di WhatsApp, dan telah boleh digunakan bermula hari ini. Disamping itu, OpenAI turut menyatakan kelak mereka akan memperkenalkan sokongan pautan akaun ChatGPT ke ChatGPT di WhatsApp. Bagi anda yang berhasrat mencubanya, anda boleh menambah nombor telefon 1-800-242-8478 pada WhatsApp anda, dan mula bertanyakan pelbagai perkara melaluinya hari ini.

Komen