Carian
OpenAI Kini Menawarkan ChatGPT Search Untuk Semua – Tidak Perlu Log Masuk
February 6, 2025 Aman

OpenAI kini memperluaskan penawaran enjin carian dikuasakan kecerdasan buatan mereka tersendiri, iaitu ChatGPT Search. Selepas diperkenalkan bermula kepada pengguna berbayar sebelum ini, kini OpenAI membuka akses ChatGPT Search kepada semua pengguna seluruh dunia.

Menariknya, ChatGPT Search boleh digunakan walaupun pengguna tidak log masuk ke perkhidmatan ChatGPT. Melalui ChatGPT Search, pengguna boleh bertanyakan sesuatu perkara melibatkan carian web, dan ia akan melakukan imbasan web dalam memaparkan hasil keputusan carian.

Pada penghujung hasil carian juga, laman rujukan atau sumber dipaparkan. Daripada percubaan kami sendiri, ia berfungsi dengan baik, dan terdapat beberapa kali ia memaparkan hasil yang tidak tepat dan memerlukan semakan lanjutan.

Bagi anda yang berminat dengan enjin carian ChatGPT, boleh ke laman ChatGPT hari ini, dan seterusnya tekan pada butang “Search” untuk melakukan carian.

Komen