Carian
Disney+ Kehilangan 700,000 Pelanggan Selepas Menaikkan Harga
February 6, 2025 Fahim Zahar

Disney baru-baru ini telah berkongsi pendapatan mereka untuk Q4 2024. Menurut Variety, Disney+ mengeluarkan kos operasi sebanyak $293 juta untuk menjana pendapatan sebanyak $6.07 bilion iaitu 9% lebih tinggi berbanding kutipan sebelum.

Untuk kutipan tahun-ke-tahun, Disney berjaya menerima peningkatan sebanyak 5%. Ini mungkin kerana Disney meningkatkan harga langganan Disney+ pada tahun lepas. Walaupun menerima keuntungan yang semakin tinggi, sebanyak lebih 700,000 pelanggan Disney+ di seluruh dunia berhenti melanggan. Ia dikatakan adalah jumlah baik kerana lebih rendah berbanding ramalan penganalisa.

Untuk Hulu, mengejutkan mereka menerima 1.6 juta pelanggan. Untuk tahun 2025, Disney mempunyai kos operasi sebanyak $15 bilion untuk memastikan Disney+ dan produk penstriman mereka yang lain akan terus maju dan berjaya. Bob Iger iaitu CEO Disney turut bangga dengan keputusan meningkatkan harga, kerana penawaran berkas langganan membuatkan jumlah pelanggan semakin meningkat.

Perubahan drastik untuk Disney+ Hotstar masih tidak didedahkan. Sama-sama kita harapkan tiada lagi kenaikan harga dalam masa terdekat.

Komen