Baru-baru ini, NVIDIA telah mengeluarkan kemaskini perisian CUDA 12.8, dan melalui nota yang diperlihatkan, NVIDIA nampaknya akan menghentikan kemaskini ciri untuk tiga siri kad grafik mereka, termasuklah Maxwell, Pascal, dan Volta.
Ini bermakna bahawa bermula dari siri kad grafik NVIDIA GeForce GTX 700 sehinggalah ke NVIDIA GeForce GTX 1000 tidak lagi akan menerima kemaskini ciri-ciri baharu tidak lama lagi.

Ini tidak bermakna bahawa NVIDIA akan menghentikan kemaskini sokongan melalui aplikasi NVIDIA App, tetapi untuk permainan-permainan moden baru yang akan datang, ia nampaknya tidak lagi akan menerima kemaskini pengoptimasian untuk ciri-ciri gaming moden seperti DLSS ataupun Ray-Tracing.
Pengguna masih lagi boleh menggunakan kad-kad grafik tersebut tanpa masalah, tetapi di masa akan datang, prestasinya dengan permainan-permainan baru dilihat akan menjadi semakin teruk.