Cari @ Amanz

iPhone SE Baharu Mungkin Akan Dilancarkan Minggu Depan

Link Copied!

Ura-ura mengenai iPhone SE baharu telah didengari sejak dua tahun lalu. Peranti ini dipercayai akan dilancarkan minggu depan menurut laporan Bloomberg. Beberapa imej yang tertiris menunjukkan iPhone SE 2025 akan akhirnya menggunakan sistem Face ID tetapi hanya dilengkapi satu kamera sahaja di bahagian belakang.

Penambahbaikan lain yang dijangka ialah ia menggunakan cip Apple A18, dilengkapi 8GB RAM bagi menjalankan Apple Intelligence dan menggunakan port pengecasan USB-C bagi memenuhi keperluan pasaran semasa. Selain itu ia juga dipercayai akan mempunyai butang Camera Control terbina pada sisi peranti.

Ia pastinya akan menjadi model iPhone paling mampu milik ditawarkan oleh Apple kepada pengguna tahun ini. Kali terakhir iPhone SE dikemaskini ialah pada tahun 2022 dan kali ini juga saiz skrin juga akan dipertingkatkan. Ini mungkin mengecewakan peminat iPhone yang mencari model dengan saiz lebih kompak seperti zaman awal ia dilancarkan lebih 14 tahun lalu.


Komen ()