MEASAT, syarikat teknologi komunikasi satelit disebalik perkhidmatan internet satelit ConnectMeNOW baru-baru ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan syarikat teknologi satelit Shanghai Spacesail Technologies untuk menggunakan perkhidmatan internet satelit Low Earth Orbit (LEO) mereka.
Kerjasama ini akan membolehkan MEASAT untuk memanfaatkan sistem satelit megaconstellation Thousand Sails Spacesail, yang membolehkan perkhidmatan-perkhidmatan satelit MEASAT untuk memanfaatkan ciri seperti sambungan rangkaian internet satelit terus ke peranti (Direct-to-Device satellite connection), peranti berhubung (IoT) dengan sambungan internet satelit dan juga pemantauan negara menggunakan teknologi satelit.

Untuk Spacesail, kerjasama ini membolehkan mereka beroperasi bukan sahaja di Malaysia, tetapi di pasaran-pasaran dimana MEASAT beroperasi, dan ini akan memberi manfaat berganda untuk kedua-dua syarikat.
Melalui kerjasama ini juga, MEASAT akan mengintegrasikan sistem Thousand Sails ini kepada sistem satelite Geostationary Orbit (GSO) mereka sendiri, dan ini dijangka akan membolehkan mereka memberi perkhidmatan rangkaian internet satelit yang lebih meluas di pasaran-pasaran mereka.
Sehingga kini, Spacesail mempunyai 72 satelit LEO di angkasa, dan mereka dilihat mahu melancarkan sehingga 15 ribu satelit lagi di masa akan datang.