Sonos dilaporkan pernah mempertimbangkan untuk melancarkan aksesori audio untuk iPhone. Namun projek ini dibatalkan. Projek ini dikatakan adalah sebahagian strategi Sonos untuk mengembangkan penawaran produk mereka.
Menurut The Verge, produk ini adalah speaker mudah alih nirwayar yang boleh disambungkan ke iPhone dengan MagSafe. Ia dikatakan boleh mengeluarkan audio berkualiti tinggi, walaupun semua komponen dimuatkan di dalam tubuh bersaiz kecil. Produk ini dikatakan menyasarkan pengguna golongan Gen Z.

Untuk audio, sambungan adalah dengan Bluetooth. Projek ini dibatalkan kerana rekaan produk yang kurang diyakini, halangan teknologi lain untuk speaker MagSafe saiz kecil serta kelompok minat pengguna yang mungkin hanya kecil.
Adakah anda ingin melihat speaker MagSafe Sonos?