Carian
Mistral LeChat Ialah Chatbot AI Terpantas Dunia Berkemampuan Menulis 1000 Perkataan Sesaat
February 7, 2025 Effi Saharudin

Pengguna chatbot pasti sudah lali menanti jawapan yang mengambil masa beberapa saat untuk diproses. Bagi mereka yang mempunyai kesabaran tinggi ini bukanlah isu tetapi jika masa adalah kritikal setiap saat adalah emas. Mistral telah melancarkan chatbot terkini mereka LeChat yang mempunyai kemampuan memberikan jawapan pada kadar 1000 perkataan sesaat (1100 token/s).

Ini adalah jauh lebih pantas berbanding Gemini 2.0 Flash dengan kemampuan 168 token/s dan ChatGPT 4o dengan kemampuan 115 token/s. Prestasi pantas ini dicapai menggunakan cip pemproses terbesar dan terpantas dunia WSE-3 dibangunkan oleh Cerebras

Cip dihasilkan menggunakan wafer sebesar 215 x 215 mm dengan ia berteknologi 5nm. Setiap WSE-3 mempunyai 4 trilion transistor, 900000 teras dan memori sebesar 44GB SRAM. WSE-3 juga mempunyai 52 kali ganda lebih banyak teras pemproses berbanding NVIDIA H100. Ini memberikannya kemampuan kelajuan memproses puncak mencecah 125 petaFLOP. 


Komen