Carian
Vivo Buds Dijual Di Malaysia Pada Harga RM129
February 7, 2025 Amy Maizuraa

Sesuai dengan keperluan pengguna moden yang cenderung menggunakan fon telinga nirwayar. Vivo dilihat hadir dengan fon telinga baharu Vivo Buds untuk pasaran Malaysia. Ia dijual pada RM129 dalam pilihan warna Cosmic Blue dan Ceramic White.

Vivo Buds merupakan set fon telinga nirwayar dari jenis dalam telinga bertangkai dengan putik silikon. Ia juga dilengkapi sepasang pemandu audio 10mm bersama AI Call Noise Reduction terbina. Melaluinya, Algoritma AI berfungsi dengan mikrofon bagi mengurangkan hingar dan meningkatkan suara untuk setiap panggilan. Tambatan pantas menerusi Bluetooth 5.4 yang juga menyokong sambungan dua peranti serentak. Bateri disertakan boleh berfungsi sehingga 50 jam dan melepasi penarafan kalis air IP54.

Komen