Spotify Dan Warner Music Pula Menandatangani Perjanjian Untuk Pelan Langganan Ekskusif
Fahim Zahar
Bulan lepas, telah kami laporkan yang Spotify dan UMG telah menandatangani perjanjian untuk menawarkan kandungan eksklusif melalui pelan langganan khas. Di bawah UMG adalah artis seperti Taylor Swift, Bob Dylan, Sting, Kendrick Lamar, Billie Eillish, Sabrina Carpenter dan ramai lagi. Terbaru, Warner Music pula menandatangani perjanjian yang lebih kurang sama.

Di bawah Warner Music Group adalah artis seperti Dua Lipa, Coldplay, and Ed Sheeran, Bunga, Masdo, Luqman Podolski dan ramai lagi. Perjanjian ini akan meneruskan pelan langganan audio HiFi Spotify, selain turut menawarkan pelbagai kandungan seperti video, kandungan khas untuk peminat dan banyak lagi yang tidak akan boleh diakses pada pelan langganan biasa.
Buat masa ini kedua-dua UMG dan WMG masih belum mendedahkan kandungan apa yang akan ditawarkan. Spotify pun belum menjelaskan butiran mengenai perjanjian eksklusif ini. Harga langganan Apple Music dan Tidal di Malaysia yang menawarkan akses audio HiFi adalah RM16.90, berapakah harga yang akan Spotify akan kenakan kalau pelan Individu sekarang adalah RM15.90? Sama-sama kita nantikan.
[sumber] Warner Music [/sumber]