Carian
TikTok Mula Menawarkan APK Untuk Pengguna Amerika Syarikat, Terus Melalui Laman Rasmi
February 9, 2025 Aman

TikTok sedia mengalami krisis di Amerika Syarikat, membuatkan aplikasi mereka tidak disenaraikan melalui Apple App Store atau Google Play Store. Sementara penawaran untuk peranti iPhone agak sukar dilakukan, kini untuk pengguna Android, pihak TikTok menemui langkah alternatif dengan menyediakan fail APK terus melalui laman rasmi TikTok.com.

Apabila pengguna Amerika ke laman muat-turun TikTok, kini mereka diberikan pilihan untuk memuat-turun fail APK untuk Android, dan seterusnya memasang terus pada peranti masing-masing.

Sebelum ini, kerajaan Amerika Syarikat telah mengarahkan penyedia platform Google dan Apple untuk membuang penawaran aplikasi TikTok melalui kedai aplikasi berkuat-kuasa 19 Januari 2025, sebelum Trump mengeluarkan arahan baharu. Namun, disebabkan perundangan dan sebagainya, arahan baharu ini seperti tidak melangkaui arahan sebelum ini, membuatkan Google dan Apple masih belum mengembalikan penawaran aplikasi TikTok di kedai aplikasi masing-masing.

Buat masa ini, melalui arahan baharu Donald Trump, TikTok diberikan tempoh sehingga April untuk menjual syarikat dan operasi mereka untuk syarikat tempatan di Amerika.

Komen