TED Kini Dalam Usaha Mencari Peneraju Baharu
Aman
TED atau turut dipanggil ramai sebagai TED Talk kini mengumumkan permulaan hala tuju baharu, dan untuk tujuan berkenaan, TED sedang mencari ketua atau peneraju baharu yang akan terus memacunya ke hadapan.

Bagi yang tidak mengenali akan TED, ia menghimpunkan pelbagai perkongsian dan idea yang sering dibentangkan melalui beberapa persidangan. Ramai yang pernah membentangkan idea dan perkongsian mereka melalui TED, termasuk nama besar seperti Bill Gates, Elon Musk dan lain-lain.
TED dioperasikan sebagai badan tidak berasaskan keuntungan sehingga ke hari ini, dan mempunyai pelbagai penawaran dibawah mereka. Di Malaysia sendiri, beberapa acara TEDx telah dianjurkan sebelum ini. Sejumlah syarat turut ditetapkan untuk peneraju baharu, termasuk memastikan kandungan kekal percuma untuk semua mengaksesnya.
TED kini membuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menerajuinya, dan boleh berkongsi berkenaan visi dan sebagainya untuk TED dibawah mereka kelak. Bagi yang berminat, boleh menghubungi pihak TED, dan mengemukakan hasrat untuk menerajuinya.