Cari @ Amanz

iPhone SE Baharu Dijangka Hadir Dengan Face ID, USB-C, Cip A18 Dan Menyokong Apple Intelligence 

Oleh Aman

Link Copied!

Apple dijangka memperkenalkan iPhone SE baharu mereka pada minggu ini, melalui penawaran di Apple Store. Telefon pintar ini dijangka menawarkan harga yang lebih rendah berbanding iPhone 16 sebelum ini, dan bakal menjadi iPhone versi asas untuk pengguna yang ingin ke ekosistem iPhone, atau inginkan hanya penawaran asas.

Menurut Bloomberg, iPhone SE baharu ini akan menggantikan penggunaan butang Home dengan penggunaan Face ID, sekaligus membawa salah satu perubahan besar pada rekaan untuk siri berkenaan. Disamping itu, telefon pintar baharu ini juga dijangka menyertakan penyambung USB-C.

iPhone SE 2025 ini turut dijangka dikuasakan dengan cip A18, dan membolehkan pengguna mengakses Apple Intelligence. Ini sekaligus akan menjadikan iPhone SE 2025 antara peranti berharga rendah dengan akses ke Apple Intelligence. Untuk rakaman gambar, iPhone SE 2025 mungkin menyertakan sensor 48-megapixel di belakang.

Harga jualannya dijangka akan memainkan peranan utama dalam melihat orang ramai mendapatkannya atau membeli peranti alternatif lain. Pada hari ini, iPhone SE versi sebelumnya ditawarkan pada harga bermula RM2199 untuk storan 64GB, RM2449 untuk 128GB dan RM2949 untuk 256GB.


Komen ()