HMD Crest 5G mula ditawarkan di Malaysia melalui kedai rasmi di Shopee dan Lazada. Ia disenaraikan pada harga RM799 dengan konfigurasi 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ia juga boleh dibeli dengan harga promosi serendah RM699 untuk tempoh masa terhad.

HMD Crest 5G menggunakan skrin OLED FHD+ 6.67-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan dengan cip Unisoc T760 (6nm), memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan menjalankan Android 14. Sistem kamera terdiri dengan 50MP +2MP di belakang dan swafoto 50MP.

Bateri berkapasiti 5000mAh disertakan boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan pantas 33W. Lain-lain spesifikasi ialah pengimbas cap jari sisi, kalis air IP52, pembesar suara dengan sistem OZO Audio, Bluetooth 5.0 dan bicu audio 3.5mm.