Pelbagai negara dan firma kini berlumba dalam persaingan kecerdasan buatan. Sarawak dilihat tidak ingin ketinggalan dalam arena ini, dan turut telah mula melihat ke aran industri tersebut.

Berkongsi mengenainya, Premier Sarawak berhasrat agar bakat di negeri tersebut membangunkan model bahasa raya untuk kecerdasan buatan tersendiri. Melalui model berkenaan, ia disasarkan mungkin turut boleh menggabungkan pelbagai data-data yang didapati khusus di Sarawak, dan dikongsi untuk rujukan secara global.
Premier Sarawak mengatakan beliau berharap agar suatu hari nanti Sarawak akan mempunyai DeepSAR tersendiri (mengambil sempena DeepSeek).
Sementara itu, buat masa ini, Sarawak turut mengalakkan pembangunan reka bentuk cip di negeri tersebut, yang kini menjadi tunjang utama untuk pelbagai pembangunan, termasuk untuk kecerdasan buatan dan lain-lain.