Carian
TheNoor Mengacah Penambahan Beberapa Fungsi Baharu Pada Aplikasi
February 10, 2025 Amy Maizuraa

The Noor menyasarkan untuk terus meningkatkan kebolehan aplikasi dan menjanjikan keseluruhan dimensi kualiti perkhidmatan yang signifikan buat pengguna. Melaluinya penambahan beberapa fungsi baharu akan diberikan melalui kemaskini yang akan datang.

Sekiranya diteliti dengan baik fungsi baharu berkenaan ialah Prayer Guide, Digital Tasbih Counter, Fasting Reminder, Islamic Calender, Mental Health, Menstrual Cycle dan TheNoor Rewards. Ini secara tidak langsung lebih memudahkan pengguna dalam ibadah harian mereka. Tambahan lagi, konsep yang tidak hanya terhad kepada fungsi tetapi kemunculan info menarik menjadikannya sebagai salah satu medium yang mampu bantu meningkatkan pengetahuan dengan cara lebih kreatif.

TheNoor mula diperkenalkan oleh usahawan serta selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor pada tahun 2021. Ia menawarkan pelbagai fungsi khusus gaya hidup muslim seperti waktu solat, laungan azan, arah kiblat, himpunan ayat al-Quran serta terjemahan. Ia turut boleh dimuat turun secara percuma melalui AppStore dan Google PlayStore tanpa sebarang iklan.

Komen