Acer Malaysia memperkenalkan komputer riba gaming Nitro V 14 baharu yang dilengkapi dengan perkakasan dalaman terkini untuk keperluan pengguna moden. Ia dijual pada harga RM4,899 dalam pilihan warna Pearl White. Pelanggan yang membeli Nitro V 14 sebelum 23 Februari 2025 akan layak menerima Nitro Wireless Gaming Controller (bernilai RM199) secara percuma.

Acer Nitro V 14 dilengkapi dengan padanan CPU AMD Ryzen 7 8845HS, GPU NVIDIA GeForce RTX 4050, memori 16 GB DDR5 4800Mhz dan storan 1TB Gen4 PCIe NVMe SSD untuk pengalaman bermain yang lancar. Dengan prestasi berkuasa yang dimuatkan dalam tubuh serba kompak dan kukuh menjadikannya boleh digunakan dalam pelbagai situasi.

Terdapat juga MUX Switch khusus yang membolehkan pengguna melaras prestasi pemprosesan grafik pada komputer riba gar sesuai dengan aktiviti yang perlu dilakukan. Skrin LCD 14.6″ WUXGA (1920 x 1200) disertakan pula menyokong kadar segar semula 120Hz. Selain turut menawarkan masa tindak balas 3ms, nisbah aspek 16:10 dan gamut warna sRGB 100%.