Carian
WikiTok Menawarkan Kandungan WikiPedia Dalam Bentuk Seumpama TikTok
February 10, 2025 Aman

Format menatal ke atas seumpama TikTok boleh dikatakan sebagai salah satu format yang sangat digemari ramai pada hari ini, membuatkan pengguna mengakses kandungan tanpa had melalui format berkenaan. Terbaru, sebuah projek sumber terbuka hadir dinamakan WikiTok, yang menghimpunkan dan paparkan kandungan WikiPedia dalam format seumpama TikTok.

Melalui WikiTok, pengguna dipaparkan dengan kandungan yang boleh ditatal ke atas secara infiniti, dan sekiranya mengemari sesuatu artikel berkenaan, boleh meneruskan bacaan, atau menyimpannya untuk rujukan.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak WikiTok hari ini melalui peranti mudah-alih untuk pengalaman yang baik. Disamping itu, kod pembangunannya juga turut dikongsikan melalui GitHub.

Komen