Elon Musk hari ini mengumumkan dia dan sejumlah pelabur ingin membida untuk membeli bahagian tidak berasaskan keuntungan OpenAI pada nilai $97.4 bilion.

Untuk makluman, pada hari ini, OpenAI dikawal oleh badan tidak berasaskan keuntungan, sekaligus membuatkan ia mempunyai had dari segi penjanaan keuntungan dan perkongsian saham. Untuk mengatasi perkara ini, OpenAI telah mengumumkan hasrat untuk mengubah struktur syarikat sebelum ini.
Dengan membida untuk mendapatkan OpenAI ini, Elon Musk menyasarkan untuk mengembalikan ia kepada bentuk sumber terbuka, dan memfokuskan kepada pembangunan berasaskan keselamatan kembali seperti pada penubuhannya. Elon Musk juga sedia memfailkan saman ke atas OpenAI sebelum ini kerana tidak berasaskan misi dan visi asal syarikat berkenaan yang ingin membangunkan kecerdasan buatan secara terbuka.
Menyentuh mengenainya, Sam Altman, CEO OpenAI mengatakan tidak ingin menjualnya, dan sebaliknya mengatakan terbuka untuk membeli Twitter pada nilai $9.74 bilion sekiranya Elon Musk nak jual.