Figure AI merupakan salah satu syarikat memfokuskan pembangunan robot berbentuk manusia. Mereka sebelum ini telah memperlihatkan beberapa pembangunan baharu, dan terbaru, pengasas Figure mengatakan bakal berkongsi penemuan besar dalam arena kecerdasan buatan melibatkan robot dalam masa sekitar 30 hari lagi.

Figure mengatakan mereka akan memperlihatkan sesuatu yang tidak pernah dipertontonkan sesiapa setakat ini.
Selari dengan langkah ini juga, Figure turut mengumumkan mereka telah memutuskan kerjasama dengan OpenAI. Dengan langkah ini, ia tidak diketahui lagi apakah model kecerdasan buatan yang akan digunakan oleh Figure pada robot berbentuk manusia mereka ini.
Figure mengatakan penggunaan AI dalam robot adalah penting, dan ia sesuatu yang sukar untuk diasingkan dan diuruskan pihak lain. Ini juga akan menyukarkan perkembangan dan kejayaan syarikat tersebut.
Pengasas Figure menyasarkan berkongsi lanjut berkenaan strategi robotik dan kecerdasan buatan dalam masa terdekat ini.