Carian
Samsung Galaxy S26 Dikatakan Mungkin Hadir Dengan Kapasiti Bateri Jauh Lebih Tinggi
February 11, 2025 Aman

Samsung kini dilaporkan bakal menambah-baik penawaran bateri pada telefon mercu akan datang tahun hadapan, dengan teknologi baharu, sekaligus membolehkan ia mencapai kapasiti sehingga 7000mAh.

Mengikut laporan dari Korea Selatan, Samsung dikatakan akan menggunakan teknologi penyelesaian Silikon-Karbon, sekaligus membolehkan kapasiti bateri yang lebih tinggi melaluinya berbanding penggunaan teknologi berasaskan grafit.

Samsung dikatakan sedia melabur tinggi dalam pembangunan bateri ini, dan pada masa yang sama turut mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga. Sebelum ini, Samsung antara yang bergerak laju dalam pengenalan teknologi bateri baharu, sehingga berlaku insiden Galaxy Note 7, membuatkan model berkenaan dibatalkan sepenuhnya disebabkan masalah bateri.

Selain Samsung, beberapa pengeluar China telah mula menggunakan teknologi bateri baharu ini dalam peranti keluaran mereka.

Komen