Carian
OnePlus Watch 3 Dikatakan Boleh Berfungsi Hingga 120 Jam
February 12, 2025 Amy Maizuraa

OnePlus telah mengesahkan bahawa ia akan melancarkan jam tangan pintar baharu pada 18 Februari 2025. Ia dikenali sebagai OnePlus Watch 3 dan rekaannya diihat tidak jauh berbeza dengan model terdahulu. Cumanya Watch 3 mempunyai sedikit ukiran pada bezel yang dikatakan diperbuat daripada bahan titanium.

Ia juga akan dikuasai oleh pemproses Qualcomm Snapdragon W5 bersama Real-Time Operating System (RTOS) yang disokong cip MCU BES2800 sekunder untuk bantu menjimatkan jangka hayat bateri. Selain itu, OnePlus menambah teknologi bateri karbon silikon pada Watch 3 dengan kapasiti bateri lebih besar 631mAh. Pada masa yang sama mendakwa Watch 3 mampu bertahan mencapai 120 jam dalam Smart Mode, 16 hari dalam Saver Mode dan boleh dicas sepenuhnya dalam masa 10 minit.

Ini adalah lonjakan lebih baik berbanding 100 jam ketahanan pada Watch 2 sebelum ini. Meskipun begitu, OnePlus menegaskan bahawa hayat bateri ini sebenar mungkin berbeza bergantung pada fungsi dan aplikasi yang sering digunakan. Selain itu kekerapan penggilan serta mesej dan bilangan peranti dicas juga menjadi faktor lain.

Komen