WhatsApp sedang membangunkan ciri yang membolehkan pengguna meletakkan pautan profil daripada pelbagai media sosial pada aplikasi. Langkah ini adalah sebahagian daripada kemaskini yang lebih meluas bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Selain itu memberi mereka kebebasan untuk berkongsi profil media sosial masing-masing di platform lain.

Dengan Profil Links baharu ini pengguna boleh memilih untuk menambah pautan daripada pelbagai media sosial pada akaun WhatsApp Messenger Standard. Fungsi baharu ini akan disediakan dalam bahagian tetapan profil dan boleh diubahsuai untuk tujuan privasi termasuk mengalih keluar pautan pada bila-bila masa. Sementara itu, pengguna yang tidak mahu memaparkan profil media social di WhatsApp pula akan mempunyai pilihan untuk tidak menambah sebarang pautan. Instagram dikatakan menjadi aplikasi terawal yang disokong terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke lain-lain platform pada masa mendatang.

Perlu diingatkan bahawa ciri yang serupa sebenarnya sudah tersedia pada WhatsApp Business. Namun terdapat perbezaan yang penting untuk proses penambahan pada akaun WhatsApp Messenger Standard. Di man pengguna WhatsApp Business yang mahu memautkan akaun ke Instagram perlu melalui proses pengesahan pemilikan sebelum pautan ditambah. Sementara itu penambahan pautan ke mana-mana akaun WhatsApp Messenger Standard pula tidak memerlukan pengesahan berkenaan dan boleh dilakukan seperti biasa.