Carian
Amerika dan UK Enggan Menandatangani Perjanjian Membangunkan AI Dengan Selamat dan Adil
February 12, 2025 Effi Saharudin

Di acara AI Action Summit yang berlangsung di Paris hujung minggu ini, 60 negara bersetuju untuk menandatangani perjanjian membangunkan kecerdasan buatan (AI) yang selamat, adil dan konklusif. Ini adalah bagi memastikan AI yang dibangunkan menghormati hak asasi manusia, berpaksikan manusia, beretika, selamat, terjamin dan boleh dipercayai serta pada waktu yang sama menekankan keperluan dan kesegeraan untuk mengecilkan ketidaksamaan dan membantu negara membangun dalam pembinaan kapasiti kecerdasan buatan mereka.

Walaupun negara maju lain seperti Perancis, Jepun, China dan Jerman bersetuju dengan perjanjian ini, Amerika Syarikat dan United Kingdom adalah dua negara yang enggan melakukannya. Keputusan Amerika adalah selari dengan ucap tama yang diberikan oleh Timbalan Presiden JD Vance yang mengatakan sebarang peraturan ke atas pembangunan ke atas AI yang menyekat kemajuan dan sebarang bentuk moderasi kandungan pula dipandang sebagai tindakan menapis oleh pihak berkuasa.

Pemerintahan Trump sudahpun menegaskan mereka akan memastikan Amerika kekal sebagai peneraju teknologi AI dunia. Ini termasuk meletakkan pelbagai sekatan ke atas penjualan cip ke negara bukan sekutu rapat dan musuh seperti China serta Rusia.

Komen