YouTube berkongsi yang mereka terus memberi fokus penuh kepada perlindungan pengguna berusia muda mereka. Untuk itu, YouTube Kids dan akaun khas yang boleh dipantau ditawarkan kepada pengguna. Ia adalah untuk keselamatan kanak-kanak daripada terdedah kepada kandungan sensitif. Terbaru, YouTube akan menggunakan AI untuk mengenalpasti usia pengguna.

YouTube tahu yang pengguna mudah, lebih-lebih lagi remaja akan menipu usia sebenar ketika mencipta akaun. Jadi dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan, tahun ini YouTube boleh mengenalpasti beza usia pengguna berumur dan berusia muda. Dengan menentukan usia ini, akaun boleh ditetapkan dengan tetapan sepatutnya. Ia adalah salah satu strategi yang Meta lakukan pada Instagram tahun lepas.
Perlu diingatkan yang penggunaan YouTube Kids dan YouTube masih ada banyak kandungan yang sensitif, tidak senonoh, mudah terpengaruh dan banyak lagi. Jadi jika anda adalah pengguna bertanggungjawab yang mempunyai anak kecil, adik-adik atau kanak-kanak berdekatan – pastikan pantau aktiviti YouTube mereka.