Oppo menjadi pengeluar dengan pegangan pasaran terbesar di Asia Tenggara sepanjang 2024 menurut laporan Canalys. Mereka memintas Samsung yang memegang kedudukan teratas tahun lalu. Menurut Canalys Oppo memegang 18% pasaran diikuti oleh Samsung (17%), Transsion (16%), Xiaomi (16%) dan Vivo (13%).
Pengeluar | Pengeluaran 2024 (juta ) | Pegangan Pasaran 2024 | Pengeluaran 2023 (juta ) | Pegangan Pasaran 20243 | Peningkatan tahunan |
Oppo | 16.9 | 18% | 14.9 | 17% | 14% |
Samsung | 16.6 | 17% | 18.2 | 21% | -9% |
Transsion | 15.5 | 16% | 11.0 | 13% | 41% |
Xiaomi | 15.5 | 16% | 12.3 | 14% | 26% |
Vivo | 12.3 | 13% | 10.8 | 12% | 14% |
Lain-Lain | 19.9 | 21% | 20.1 | 23% | -1% |
Jumlah | 96.7 | 100% | 87.2 | 100% | 11% |
Di Asia Tenggara, sebanyak 97.7 juta telefon pintar dikeluarkan tahun lalu yang bersamaan dengan peningkatan 11% berbanding 2023. Pasaran telefon pintar Asia Tenggara kembali pulih selepas merudum disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Di Malaysia pula Xiaomi berada di kedudukan teratas dengan pegangan 16%, diikuti oleh Vivo (14%), Transsion (13%), Honor (12%) dan Samsung (11%). Empat pengeluar di atas mencatatkan peningkatan dengan Samsung merosot 11%. Kejutan terbesar ialah Transsion yang memasarkan peranti Infinix dan Tecno dengan peningkatan pengeluar sebanyak 41% sepanjang 2024 berbanding tahun lalu.