Carian
Cip Snapdragon 6 Gen 4 Rasmi Untuk Peranti Segmen Pertengahan 
February 13, 2025 Amy Maizuraa

Qualcomm telah melancarkan cip Snapdragon 6 Gen 4 baharu yang direka untuk peranti kelas pertengahan. Ia menjadi kemaskini untuk Snapdragon 6 Gen 3 sebelum ini dengan peningkatan daripada aspek prestasi.

Snapdragon 6 Gen 4 dibina berasaskan teknologi 4nm bersama teras CPU Arm v9 baharu. Ia hadir dengan satu teras Cortex-A720 (2.3 GHz), dua teras Cortex-A720 (2.2 GHz) dan empat teras Cortex-A520 (1.8 GHz). Menurut Qualcomm, cip ini menawarkan peningkatan 11% pada prestasi CPU dan 29% pada GPU berbanding Snapdragon 6 Gen 3.

Melengkapkan cip ini adalah sambungan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.4, serta rangkaian sub-6GHz dan mmWave 5G. Selain turut melepasi piawaian Qualcomm aptX Adaptive dan aptX Lossless. Ia juga dipadankan dengan memori LPDDR5, storan UFS 3.1, kamera utama  200MP, tri-kamera 16MP dan panel FHD+ sehingga 144 Hz.

Realme, Oppo dan Honor dijangka menjadi antara pengeluar yang menggunakan cip pemproses ini. 

Komen