Bermula hari ini TNG eWallet boleh digunakan oleh golongan pelarian dan juga pencari suaka di Malaysia. TNG Digital telah bekerjasama dengan UNHCR bagi membolehkan golongan yang sukar mendapat perkhidmatan kewangan menggunakan aplikasi TNG eWallet.

Antara perkhidmatan yang kini boleh dilakukan mereka ialah melakukan pembayaran, mengisi kereta eWallet, menerima dana, memindahkan dana dan menggunakan aplikasi untuk mengeluarkan wang daripada mesin ATM. Perkhidmatan diaktifkan selepas TNG Digital menandatangani memorandum kesefahaman dengan UNHCR sebelum ini.
Pelarian serta pencari suaka berhadapan dengan halangan sistemik terhadap perkhidmatan kewangan, mendedahkan mereka kepada ketidakstabilan ekonomi dan pengecualian sosial. Sehingga penghujung Mei 2024, terdapat 192,170 pelarian dan pencari suaka politik berdaftar menerusi UNHCR di Malaysia.