Di zaman AI generatif ini, penggunaan enjin carian semakin mudah kerana banyak perkhidmatan mula menyokong dan memahami carian dengan memasukkan kata kunci atau hanya memberikan konteks sahaja. Ia seakan berborak dengan orang. Terbaru, Telegram mula integrasikan ciri ini.

Untuk mencari pelekat di dalam Telegram, pengguna boleh menggunakan carian AI seperti monyet berfikir atau singa angkasa dan banyak lagi. Carian ini menyokong 29 bahasa termasuk Melayu untuk mencari sehingga lebih 40,000 koleksi pelekat. Telegram turut membawakan ciri YouTube, di mana pengguna boleh kongsi video pada detik tertentu melalui cap masa (time stamp).
Video yang ingin dikongsi di dalam Telegram turut kini boleh tambah imej kenit untuk memeriahkan lagi video. Kemudian Telegram turut akan mengingati video yang ditonton dan menyimpan progres jika tidak habis. Tidak lupa juga yang pemilik saluran kini boleh menghantar reaksi dan Star kepada pengguna lain. Untuk pengguna, carian bot serupa turut ditawarkan untuk memudahkan penggunaan alternatif.