Elon Musk sedia menerajui sebuah syarikat memfokuskan pembangunan kecerdasan buatan, dinamakan sebagai xAI. Produk dibawah xAI adalah Grok, dan ia ditawarkan melalui X (atau dulnya dikenali sebagai Twitter).
Terbaru, Elon Musk berkongsi mengatakan model terkini untuk Grok, iaitu Grok-3 bakal dilancarkan dalam tempoh seminggu dua lagi, dan kini dalam fasa terakhir pembangunan. Grok-3 dikatakan mempunyai keupayaan penaakulan, dan melaui sejumlah ujian yang dilakukan, Grok-3 dikatakan berjaya mengatasi pelbagai model lain di pasaran.
Disamping melalui integrasi pada X, kebelakangan ini juga dilihat Grok mungkin ditawarkan secara berasingan melalui web rasmi Grok dan juga aplikasi mudah-alih. Dengan perkongsian terbaru ini, sama-sama kita nantikan seminggu dua lagi untuk melihat penawaran akhir xAI yang terkini ini.