Apple sedia dikatakan sedang dalam persiapan memperkenalkan iPhone SE generasi baharu seawal bulan Februari 2025 ini. Selari dengannya, kini Tim Cook melalui media sosial X mengacah pengenalan produk baharu Apple yang dijadualkan pada 19 Februari 2025, iaitu pada minggu hadapan.

Tim Cook mengatakan “bersedia untuk menemui ahli baru dalam keluarga”, sekaligus memberikan petanda pengenalan iPhone SE baharu dalam keluarga iPhone.
Mengikut spekulasi sebelum ini, iPhone SE dijangka menggantikan penggunaan Touch ID kepada Face ID, selain turut hadir dengan sokongan USB-C, dan juga pelbagai kemaskini spesifikasi bagi membolehkan ia menjalankan Apple Intelligence.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat kejutan dan harga jualan iPhone SE baharu ini.