Klook merupakan salah satu platform yang memudahkan mereka yang ingin bercuti atau melancong dalam mendapatkan sejumlah pakej, tiket dan sebagainya pada harga diskaun. Ini sekaligus turut memudahkan para pengguna dalam merancang percutian mereka dengan lebih baik.

Terbaru, selepas 10 tahun beroperasi, kini Klook mengumumkan suntikan dana baharu yang diterajui oleh Viturvian Partners, berjumlah sebanyak $100 juta. Klook menyasarkan untuk menggunakannya dalam terus menambah-baik operasi, selain memacu capaian di Asia Pasifik.
Klook turut mengatakan mengikut pelbagai kajian dan ramalan, Asia Pasifik dijangka menerima 762 juta pengunjung menjelang 2026 – dan ramai inginkan pengalaman percutian yang menarik, berbanding membeli barangan dan sebagainya. Ini turut memposisikan Klook dalam kedudukan terbaik untuk terus berkembang.