Carian
ARM Bakal Melancarkan Cip Pemprosesan Tersendiri Pada Tahun Ini – Meta Dijangka Menjadi Pelanggan Pertama
February 14, 2025 Aman

Arm sehingga ke hari ini terkenal dengan penawaran rekaan cip pemprosesan yang dilesenkan oleh para pengeluar lain. Kini, selain hanya merekabentuk, Arm dilaporkan turut akan mengeluarkan cip pemprosesan mereka tersendiri pada tahun ini.

Penawaran cip Arm ini akan menyasarkan penggunaan di pusat data besar, dan disesuaikan mengikut permintaan pengguna perusahaan. Ia dikatakan pelanggan pertama Arm kelak adalah Meta.

Buat masa ini, pihak Arm mahupun Meta belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan perkara ini. Arm dijangka menggunakan pengeluar pihak ketiga dalam melakukan pengeluaran untuk cip ini. Ia juga tidak diketahui bagaimanakah pelanggan-pelanggan yang melesenkan rekabentuk Arm akan bertindakbalas terhadap perkara ini.

Komen