Sebanyak 75 Juta Sony PlayStation 5 Telah Terjual Setakat Ini
Effi Saharudin
Sony menerbitkan laporan kewangan untuk tempoh antara Oktober hingga Disember 2024 yang menunjukkan sebanyak 75 juta konsol PlayStation 5 telah terjual sejak ia dilancarkan pada tahun 2020. Pada suku lalu sebanyak 9.5 juta unit PS5 sudah dijual yang adalah yang tertinggi dalam suku sejak dilancarkan.

Terdapat 129 juta pengguna aktif bulanan dan ini pula ialah peningkatan 5% berbanding suku sama tahun lalu. Jualan konsol dan permainan video mencatatkan peningkatan 16%. Peningkatan ini dipacu oleh permintaan untuk PlayStation 5 Pro dan juga musim perayaan penghujung tahun.
Sony kini di landasan yang betul untuk menjual 18 juta konsol dalam tahun fiskal 2024 yang berakhir Mac depan. Pada ketika ini, jualan PS5 hanya 1.5 juta di belakang angka jualan PS4 dalam tempoh yang sama. Ia juga meletakkan PS5 di tangga ke-13 konsol dengan jualan tertinggi setakat ini. Ia masih jauh di belakang jualan PlayStation 2 yang telah terjual lebih 160 juta unit sejak Mac 2000.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.