Nothing mengeluarkan sebuah lagi gambar untuk mempromosikan telefon pintar terbaru mereka yang akan dilancarkan pada 4 Mac depan. Gambar di bawah memberikan petanda paling jelas Nothing Phone Phone (3a) akan menggunakan cip Snapdragon dengan “prestasi elit”. Ura-ura ada mengatakan ia mungkin Snapdragon 8s Elite yang dilengkapi 7 teras CPU berbanding 8 teras pada Snapdragon 8 Elite.

Sejak mula mengeluarkan peranti pertama pada tahun 2022, Nothing hanya menjual peranti kelas pertengahan. Nothing Phone (2a) Plus misalnya menggunakan cip Dimensity 7350 Pro. Ini ialah berita yang baik bagi mereka yang sudah lama mengidamkan peranti mercu daripada Nothing.
Sebelum ini Nothing sudahpun mengacah Phone (3a) akan menggunakan bahan binaan lebih tahan lasak dan juga mempunyai butang khusus untuk kawalan kamera.