Carian
OnePlus Open 2 Tidak Akan Dilancarkan Tahun Ini
February 14, 2025 Effi Saharudin

Tahun lalu OnePlus Open dilancarkan di pasaran terpilih seperti Amerika Syarikat. Ia hanyalah sekadar sebuah Oppo Find N3 yang dijenamakan semula. Dengan Oppo Find N5 akan dilancarkan ke pasaran global minggu depan, OnePlus telah mengesahkan OnePlus Open 2 tidak akan dilancarkan tahun ini.

Oppo Find N5

Rekaan Oppp Find N5 telahpun tertiris dengan ia mengekalkan pelbagai elemen Find N4 yang menarik seperti skrin luaran dengan nisbah lebih selari dengan peranti candybar. Ia juga diacah dengan skrin dalaman yang tidak mempunyai garisan lipatan yang ketara.

Yang menjadi tumpuan ialah rekaan peranti yang kini lebih nipis berbanding tahun lalu serta mengekalkan penggunaan sistem kamera Hasselblad. Spesifikasi peranti masih lagi dirahsiakan tetapi kami menjangka ia tidak begitu banyak berbeza dengan siri Oppo Find X8 yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia.

Komen