Google Play Store sejak kebelakangan ini menjadi semakin menarik. Tahun lepas, mereka memperkenalkan antaramuka baharu yang pada hemat saya lebih kemas dan segar. Kemudian sistem sekuriti dipertingkatkan dan butiran langganan dipaparkan. Terbaru, Play Store akan memberi amaran untuk anda tidak memasang aplikasi yang mungkin tidak berguna.

Tidak kira jumlah ulasan aplikasi tinggi atau tidak, amaran ini dilihat berdasarkan statistik penggunaan aplikasi. Misalnya, Permission Ruler [Root] dengan 4 bintang menerima amaran This app has fewer users compared to others on Play. Bermakna ada aplikasi lebih kurang sama sama lain yang lebih popular. Amaran lain yang kelihatan adalah Users engage with this app less frequently than other apps on Play, bermakna sekali lagi ada aplikasi lebih kurang sama yang pengguna lebih kerap gunakan.
Ada juga aplikasi dengan amaran seperti This app is frequently uninstalled compared to others on Play. Bermakna, sejurus selepas memasang majoriti pengguna terus membuangnya. Menurut laporan Android Authority, amaran ini hanya sebagai konteks yang ada aplikasi alternatif dan tidak bermakna aplikasi ini berbahaya untuk digunakan.