Carian
Siri Samsung Galaxy S25 Ditawarkan Di Malaysia Bermula Hari Ini – Harga Bermula RM3999
February 14, 2025 Aman

Samsung hari ini telah mula menawarkan telefon mercu terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu siri Galaxy S25. Sebanyak tiga model berbeza ditawarkan dibawah siri Galaxy S25, iaitu Galaxy S25, Galaxy S25+ dan juga Galaxy S25 Ultra.

Galaxy S25 hadir dengan pelbagai spesifikasi mercu, dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite, pilihan storan sehingga 1TB, dan kamera utama sehingga 200MP. Samsung turut memfokuskan kepada integrasi kecerdasan buatan melalui Galaxy S25, dibawah penjenamaan Galaxy AI.

Di Malaysia, siri Galaxy S25 ditawarkan pada harga bermula RM3999, Galaxy S25+ bermula RM4999, dan Galaxy S25 Ultra bermula harga RM5999. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Galaxy S25 di Malaysia bermula hari ini.

Komen