Carian
Pelanggan Premium Spotify Tidak Lagi Akan Menerima Iklan, Kecuali Dalam Podsiar
February 14, 2025 Fahim Zahar

Selama hampir dua minggu, pelanggan Spotify Premium melaporkan masalah melihat dan mendengar iklan. Sedangkan langganan mereka masih aktif, dan butiran pembayaran pun tiada masalah. Beberapa hari lepas Spotify mula menyedari akan perkara ini dan terkini mereka telah menyelesaikannya.

Menurut Spotify, pengguna yang mengalami masalah ini akan merasai perubahan dalam masa serta-merta. Untuk pengguna percuma, iklan akan dikekalkan sementara untuk pengguna Premium – iklan akan masih ada ketika mendengar podsiar. Spotify tidak menjelaskan iklan jenis apa, ia besar kemungkinan adalah iklan dari dalam podsiar oleh pencipta kandungan itu sendiri.

Ini bukan kali pertama pelanggan Spotify Premium mengalami masalah ini. Namun, isu yang berlaku baru-baru ini adalah antara yang tular dan menjadi perbualan ramai. Diharapkan, jika perkara ini berlaku sekali lagi Spotify boleh mengganti balik dalam langganan percuma yang terhad dan bukan sekadar memberi kenyataan – apa kata anda?

Komen