Instagram kini telah memulakan ujian yang menyertakan butang tidak suka atau “dislike” pada bahagian komen. Ciri ini diuji pada bahagian perbincangan di Instagram Reels dan juga Instagram Feed.
Dengan langkah ini, pengguna boleh menandakan sesuatu komen sekiranya tidak suka atau tidak, dan data berkenaan akan diambil-kira dalam susunan komen, membawa ia kepada paparan lebih rendah atau bawah.
Dengan langkah ini, Instagram menyasarkan komuniti menjadi lebih sihat. Fungsi ini diuji melibatkan angka pengguna yang kecil buat masa ini, dan sekiranya berjalan lancar, kita mungkin melihat fungsi ini diperluaskan ke lebih ramai pengguna seluruh dunia.