Carian
Apple Sedang Bangunkan Monitor Baharu – Mungkin Dipasarkan Seawal 2026
February 16, 2025 Aman

Apple sedia mempunyai beberapa penawaran panel paparan dibawah mereka, termasuk Studio Display dan juga Pro Display XDR. Terbaru, Bloomberg melaporkan Apple sedang bangunkan sebuah lagi panel paparan baharu, dan dijangka hadir seawal 2026 kelak.

Panel paparan ini dijangka menjadi kemaskini kepada penawaran Studio Display sedia ada. Sebelum ini, kali terakhir Studio Display diperkenalkan adalah pada 2022 dengan saiz paparan 27-inci. Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga bermula RM6999.

Apple dikatakan mungkin memasarkan penawaraln Studio Display ini sebagai salah satu pelengkap untuk MacBook Pro M5 akan datang. Ia mungkin turut dikemaskini dari segi sokongan resolusi, kadar segar semula, dan juga pemprosesan yang menguasakannya.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan Studio Display baharu, mungkin boleh menyusun semula jadual pembelian anda, dan menantikan penawaran terbaru Apple ini kelak.

Komen