Elon Musk kini mengumumkan akan memperkenalkan Grok-3 secara rasminya pada 12 tengah hari Selasa ini, 18 Februari 2025, termasuk memperlihatkan keupayaan penawaran model kecerdasan buatan berkenaan kepada umum.
Elon Musk turut mengatakan Grok-3 akan menjadi model kecerdasan buatan paling pintar di pasaran jikalau dibandingkan dengan pelbagai penyedia lain.
Dengan janji yang tinggi ini, semestinya ramai menantikan bagaimanakah Grok-3 akan berfungsi jikalau dibandingkan dengan penawaran OpenAI mahupun DeepSeek. Grok merupakan penawaran chatbot melalui syarikat memfokuskan kecerdasan buatan yang dimiliki oleh Elon Musk, iaitu xAI. Buat masa ini, ia ditawarkan melalui perkhidmatan X (dahulunya dikenali sebagai Twitter). Selain itu, xAI turut telah mula memperluaskan penawaran menggunakan aplikasi Grok khusus di iOS dan Android secara berperingkat mengikut negara.