Cari @ Amanz

nubia V70 Max Yang Tahan Lasak Kini Di Malaysia Pada Harga RM399

Link Copied!

nubia V70 Max adalah satu lagi telefon pintar kelas asas dengan cip Unisoc T606. Peranti ini baru sahaja tiba ke pasaran Malaysia dan ciri yang ditawarkan cukup menarik perhatian. V70 Max adalah peranti yang tahan lasak dengan bingkai besi SUS304 dan menggunakan rekaan rata.

Skrin peranti adalah LCD 6.9-inci HD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dipadankan dengan memori 6/128 GB, kamera 50+2 Megapixel, kamera swafoto 8 Megapixel, dan bateri 6000mAh yang menjanjikan ketahanan sehingga 4 tahun. Untuk pengecasan ia terhad kepada 22.5W sahaja. Peranti ini dijual pada harga mampu milik iaitu RM399 tetapi tidak lupa menyertakan ciri AI generatif yang menarik.

Peranti sudah pun mula dijual dengan dua pilihan warna iaitu Lake Green dan Galactic Gray. Ia boleh didapatkan di Shopee nubia Redmagic MY atau tiga cawangan fizikal mereka di Wangsa Walk Mall, IOI City Mall Putrajaya dan IOI Mall Puchong.


Komen ()