Carian
ILLEGEAR VELO 15 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM2,899
February 17, 2025 Amy Maizuraa

ILLEGEAR memperkenalkan komputer riba baharu dalam kelas produktiviti dan gaming iaitu VELO 15. Ia dikuasai oleh pemproses siri AMD Ryzen 8000 bersama padanan GPU Radeon 780M RDNA3. Selain itu mempunyai pilihan memori 8GB DDR5 (2 slot, sehingga 64GB) dan storan dalaman 500GB NVMe SSD (2 slot M.2, sehingga 4TB).

Ia turut dilengkapi skrin bersaiz 15.6-inci dengan panel IPS beresolusi FHD dan kadar segar semula 144Hz. Di samping menawarkan bahan aluminium untuk kerangka dan pelindung papan kekunci untuk ketahanan lebih baik. Pada masa yang sama dilengkapi juga sambungan HDMI 2.1 Output Port, 2-in-1 Audio Jack, USB 3.2 (Type A), USB 2.0 (Type A) dan USB Type C yang boleh dipadankan dengan mana-mana peranti yang diperlukan.

ILLEGEAR VELO 15 boleh didapati melalui laman web rasmi pada harga jualan RM2,899. Pratempahan dibuka sekarang dengan sejumlah tawaran menarik seperti rebat pengenalan eksklusif bernilai RM100, percuma naik-taraf RAM bernilai RM199, diskaun pembelian atas pembelian untuk Monitor 27″ APEX 27 dan lain lain. Beli sekarang dan nikmati juga diskaun tunai 5% dan ansuran sehingga 24 bulan dengan faedah 0%.

Komen