Bank Islam kini mengumumkan mereka akan melakukan peralihan secara automatik untuk pengguna aplikasi GO ke aplikasi BIMB Mobile. Peralihan ini akan dilakukan secara berperingkat bermula 3 Mac 2025.
Aplikasi BIMB Mobile merupakan aplikasi terbaru Bank Islam yang dikatakan menyediakan penawaran lebih moden dan lancar kepada pengguna. Dengan peralihan automatik ini juga, ia akan memudahkan pihak Bank Islam menguruskan satu aplikasi untuk pengguna.

Bagi anda yang menggunakan akaun Bank Islam, anda boleh melakukan pemindahan dengan lebih awal ke BIMB Mobile dengan memuat-turunnya daripada kedai aplikasi Android dan iOS hari ini.