Carian
Samsung Mungkin Akan Memperkenalkan One UI 8 Lebih Awal Berbanding Biasa
February 17, 2025 Fahim Zahar

Nampaknya, Samsung betul-betul mengikut strategi Google. Selepas ramai pengguna kecewa yang pengedaran One UI 7 terasa sedikit lambat berbanding biasa, terkini terdapat laporan yang One UI 8 mungkin akan diawalkan.

Menurut peniris terkenal Ice Universe, Samsung dikatakan mungkin akan melancarkan One UI 8 lebih awal berbanding biasa. Tiada sebarang ciri dan fungsi yang didedahkan dan peranti yang disokong juga tidak diberitahu. Memandangkan Galaxy S25 sudah pun dilancarkan dengan One UI 7, Galaxy A baahru nanti turut akan menjalankan perisian sama dan 61 peranti lama turut akan menerima kemas kini ini. Tidak terkejut jika One UI 8 diperkenalkan bersama Galaxy Z atau Galaxy G.

Dengan Android 16 akan dilancarkan tidak lama lagi, One UI 8 mungkin akan dibangunkan berdasarkan sistem operasi ini.

Komen